BAB 1 FUNGSI
1.1 HUBUNGAN
Set A = { 1, 2, 3, 4 } dikenali sebagai domain
Set B = { D, B, C, A} dikenali sebagai kodomain
Imej bagi 1 ialah D, imej bagi 2 ialah B, imej bagi 3 ialah
C dan imej bagi 4 ialah A
Objek bagi D ialah 1, objek bagi B ialah 2, objek bagi C
ialah 3 dan objek bagi A ialah 4
{1, 2, 3, 4}
adalah set objek manakala {D, B, C, A} adalah set imej
Set imej dikenali sebagai julat. Dalam hubungan di atas,
julat adalah {D,B,C,A}
JENIS HUBUNGAN
a
- Hubungan satu kepada satu
- Hubungan banyak kepada satu
- Hubungan satu kepada banyak
- Hubungan banyak kepada banyak
LATIHAN
1.
Diberi bahawa set P = {2,3,5} dan set Q =
{12,21,35}. Wakilkan hubungan “adalah faktor bagi” antara set P dengan set Q
dengan menggunakan
a)
Gambar rajah anak panah,
b)
Pasangan bertertib
c)
Graf
2.
Maklumat yang berikut menunjukkan satu set
pasangan bertertib.
{(1,2), (1,3), (2,5), (3,5)}
Nyatakan
a)
Domain bagi hubungan ini
b)
Kodomain bagi hubungan ini
c)
Imej bagi 1
d)
Objek-objek bagi 5
e)
Julat bagi hubungan ini.
3.
Nyatakan jenis hubungan bagi setiap set pasangan
bertertib di bawah.
a)
{(2,perdana), (2,genap), (3,perdana), (3,ganjil),(4,genap)}
b)
{(1,4),(2,5),(3,6),(4,7)}
c)
{(1,a),(1,b),(2,c),(2,d)}
1.2 FUNGSI
- Fungsi adalah satu hubungan khas dengan keadaan setiap objek dalam domain mempunyai hanya satu imej dalam kodomain.
- Hubungan satu kepada satu dan hubungan banyak kepada satu adalah fungsi.
- Huruf kecil seperti f, g, h dan sebagainya digunakan untuk mewakilkan satu fungsi.
- Dalam rajah yang berikut, fungsi f memetakan unsur-unsur dalam set A kepada unsur-unsur dalam set B, iaitu f : A → B.